Wednesday, February 18, 2009

nasihat mak kepada aku...

hari ni pkol 12 gak aku msuk bilik, ade mesyuarat JPP la...ape la...macam2. penat yang teramat sangat. tapi nak wat cmner..aku lah yang budak2nye pilih. walaupun jadi EXCO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA, aku kne gk blajar banyak sangat-sangat tentang web n blog nih..


MAK : kamu tu dah besar, ade tanggugjawab, xkan la nk jadi mcm adik kamu tu.
ADIK(faiz) : (maen game FIFA09)
AKU : ala....kalau da besar sangat, nape mak tak bagi je kite kawen.....
MAK : eh...!!! betuah punye anak, seluar dalam pon aku yang belikan ade hati nak kawen....

Saturday, February 14, 2009

pengajaran berguna Mambang





Petang nie merupakan petang yang sangatlah penatnye sebab semalam baru je pegi kem bina insan guru yang diharap dapatlahmembina guru yang berguna n bertauliah inshaAllah.. Sepanjang beradanya kat kem tu, memang la sangat penuh jadualnya. pagi kene pegi surau, petang aktiviti, malam lak ade LDK(latihan dalam kumpulan) memang same lah macam kat NS(national service) dulu. Not bad la, banyak jugak la perubahan yang terjadi kat diri ni. dari negatif ke positif dan sebaliknya hehe...Dah la jadi penghulu lak tu. memang plek gile.tapi sekurang-kurangnya, dpat lah pengalaman berucap kat majlis, jadi lead untuk peserta, harap-harap, leh la gune pengalaman tu bile kuar nanti. Banyak benda yang nak diceritakan tapi susah la. emosi masih tak stabil. sepanjang berada kat sane, kami didedahakan dengan macam-macam aktiviti yang macam kurang berkesan sangat sebab, masa yang pendek (4hari 3 malam).

Perkemahan kat Mambang, Pahang ni, bermula hari Selasa ritu dan berakhir hari jumaat. perjalanan ke Mambang ambil masa selama, 5jam menaiki bas yang sangat membosankan(bas yang xde aircond). sangat teruk bukan...?...
Banyak la cerita, ade baek n ade yang tak baeknye, malas la nak bercerita pasal tu. untuk tahu, g la sendiri B.I.G n rase lah pengalaman yang sangat menarik n mendidik ini. Macam biase lah, ade yang seronok dan ade jugak yang kurang seronok(pade hal semuenye tak bez pn) hahahaa.

Sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang dah atau penah kitorang buat, so, memang kurang seronok. Contohnya "Kamel kata" permainan dalam kumpulan ini memang selalu ade kat mane-mane kem motivasi pon. Ape la salahnya kalau dicipta sesuatu yang baru dan lain dari yang lain. Betol kan......hehe..
Tapi, pape pon, semuanya yang positif tu jadikan lah pedoman, yang negatif tu, jadikan lah pengajaran... adiossaaa...



GooD LuCK Di UcaPKaN kepada semua yang menyertai B.I.G

Saturday, February 7, 2009

siapa boleh bantu


Rasa bangga bercampur terharu apabila dilantik buat pertama kalinya menjadi salah seorang daripada wakil pelajar bagi kmapus aku. sangat-sangat terharu melihat rakan-rakan yang bersorak, berkempen bagi memastikan diri ini menjadi sebahagian daripada pejuang mereka. tetapi perlu diingat, ade tanggungjawab yang maha besar perlu digalas. memegang kepercayaan mereka-mereka yang inginkan sesuatu.
Petang yang dingin ni di kuala lipis pahang sangat membosankan, tapi ade misi yang perlu aku lakukan. sebagai seorang daripada JPP maktab, macam-macam kerja yang kene dibuat untuk memberi kesenangan atau menyelesaikan masalah-masalah rakan-rakan seperjuangan yang ada kat kampus ni.

*poster pilihan raya yang sempoi

Aku ditugaskan sebagai biro Penerbitan dan Multimedia yang ditugaskan membina satu rangkaian jalur lebar melalui sebarang sumber Multimedia bagi memudahkan penyebaran maklumat kepada rakan-rakan mahupun mereka yang ingin mengetahui apa yang terjadi didalam JPP. dengan adenye rangkaian yang super hebat ini nanti, mudah unutk mereka mengetahui sebarang aktiviti-aktiviti yang kitorang lakukan.






Tetapi, yang kurang best nye, aku nie pulak bukanlah pandai sangat tentang teknologi-teknologi ini semua, nak sangat kalu ade yang bleh tolong bantu. bantu bagi cadangan, idea, cara-cara untuk melaksanakan lagi blog ni nanti.



Tolonglah wahai rakan-takan yang budiman dalam dunia blog ini, tlong lah aku tuk mendesign blog yang sauper sangat style.


*send je pandangan anda kat kite ek..